Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah pelakon Sharnaaz Ahmad tetap berkawan baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Beberapa minggu lalu, Sharnaaz menghantar anaknya ke lapangan terbang yang mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama Nabila.
BACA: Hantar Jebat Tunai Umrah, Sharnaaz Ahmad Dipuji ‘Bapa Terbaik’
Semalam, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video ternampak Sharnaaz dilihat menjemput anak tunggalnya di lapangan terbang yang baru sahaja tiba dari Tanah Suci.
@nazilihazirah nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee ??haaaai ! #neelofa #neelofaharis #sharnaazahmad #fyp #foryou #mamusharnaaz
Menerusi video itu, kelihatan Sharnaaz dilihat memakai kemeja biru mendukung Jebat dan melepaskan rindu pada anaknya itu selepas hampir dua minggu tidak bertemu.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji hubungan baik antara Sharnaaz dan keluarga bekas isteri.