fbpx

Bukan sahaja dicurangi, lebih pahit Nurul Shuhada turut berdepan pengalaman hitam apabila ditumbuk oleh suaminya, Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali sehingga menerima 10 jahitan.

Shuhada mengakui ujian diberikan Allah kali ini amat berat, namun dia perlu lalui ujian tersebut meski seberat mana ia pun serta mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan tidak lagi menoleh kebelakang.

BACA: “Saya Ditumbuk, Dikhianati…Adik Dia Sendiri Bersubahat” – Shuhada

Terbaru, ada netizen bertanyakan kepada Shuhada di Instagram mengenai foto yang pernah dimuat naik oleh Athira di tepi pantai.

Shuhada mendedahkan bahawa foto kaki yang diambil itu adalah milik Athira dan Hafidz ketika mereka bercuti berdua di Port Dickson.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendedahkan tempahan bilik menggunakan nama individu ‘disana’ (Athira) serta memberitahu dia mempunyai bukti perbuatan mereka.

Bagaimanapun, Shuhada berkata itu dosa antara mereka dengan Allah namun dosa mereka dengan dirinya dan anak-anaknya tidak dapat dapat dimaafkan kerana ianya terlalu sakit.