fbpx

Drama Lakonan Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah Jadi Bualan Netizen

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan pelakon Aliff Aziz dan aktres jelita, Sophia AlBarakbah akhirnya sudah pun ditayangkan semalam.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Baru sahaja satu episod, drama tersebut menjadi bualan ramai di media sosial lebih-lebih lagi ada babak di atas katil memaparkan Alif membawakan watak Luth Mikail dan Raisya Hannah lakonan Sophia. 

BACA: Aliff Aziz Tak Akan Berganding Dengan Sophia AlBarakbah Lagi

https://www.tiktok.com/@arejar313/video/7197057079947922715?

Menerusi TikTok, ada pengguna memuat naik beberapa babak drama tersebut memaparkan Maira lakonan Jasmine Suraya menjerit selepas terkejut melihat tindakan Luth dan Hannah tidur bersama di atas katil.

Difahamkan, Hannah adalah usahawan kedai hiasan diberi tanggungjawab untuk membuat dekorasi majlis hari jadi Maira iaitu sepupunya sendiri yang turut dihadiri oleh Luth.

Sementara itu, diruangan komen ada segelintir netizen mengaitkan dengan pendedahan Bella Astillah sebelum ini mengenai pelakon wanita yang tersuka dengan suaminya.