Cef selebriti popular, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan memaklumkan khabar duka, ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.20 pagi tadi.
Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke hospital akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit
BACA: Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu
View this post on Instagram
Chef Wan memaklumkan, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi, Cyber 10, Cyberjaya.