fbpx

Cikgu Telefon Minta Kak KM Datang, Anak Dah 8 Bulan Tak Hadir Ke Sekolah

Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.

Pasti ramai tahu, Kak KM sememangnya gembar berkongsikan momen bersama anak-anak di media sosial untuk dijadikan kenangan.

BACA: “Kalau Saya Pakai Kebaya Pun Orang Cop Lucah Juga” – Kak KM

Bagaimanapun, perkongsian Kak KM baru-baru ini menjadi perhatian apabila memuat naik video keluhan apabila dihubungi guru anaknya yang memintanya untuk hadir ke sekolah.

Menurut Kak KM, cikgunya memaklumkan anak ketiganya dikenali sebagai Rania sudah 8 bulan tidak hadir ke sekolah sehingga dia diminta untuk hadir ke sekolah untuk berbincang mengenai hal tersebut.

Meskipun dilihat tenang, namun Kak KM berkata dia akan memberikan hukuman kepada anaknya itu di atas kesalahan yang dilakukan.

Perkongsian Kak KM mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut tertanya-tanya mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah.  

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mungkin ada sebab mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah hingga berbulan-bulan.