fbpx

Jangan Ambil Mudah! Ketahui Betapa Pentingnya Insurans Bencana Alam

Keadaan cuaca di Malaysia jika dilihat ketika ini semakin tidak menentu dan di luar jangkaan. Pelbagai negeri berisiko dilanda pelbagai bentuk bencana yang semakin kerap, khususnya banjir, tanah runtuh dan ribut kencang.

Kredit foto: BERNAMA

Seperti yang anda tahu, sebelum ini negara kita pernah digemparkan dengan kejadian bencana alam iaitu banjir besar yang berlaku di 5 buah negeri; Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. Paling teruk bila banjir ini berlaku di kawasan yang kita sendiri tak pernah sangka boleh jadi teruk seperti di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Siapa je yang tak terkejut dan cuak dengan kejadian yang melibatkan banyak rumah, kereta dan motosikal tenggelam dan rosak disebabkan ini. Malah ada pemilik rumah dan kenderaan yang terpaksa ‘redha’ serta berputih mata apabila harta mereka menjadi total loss dan tidak dapat diselamatkan.

Kredit foto: BERNAMA

Malah ada juga pemilik kenderaan yang terpaksa berhabis puluhan ribu ringgit untuk membaiki kerosakan kenderaan masing-masing. Pening kepala juga tu.

Adakah Insurans Anda Melindungi Kenderaan Anda?

Kami pasti soalan yang bermain di fikiran pemilik kenderaan ketika itu adalah “Insurans yang diambil untuk kenderaan selama ini boleh cover ke tak?”

Sebab itulah amat penting untuk anda ambil tahu adakah insurans yang anda guna sekarang ini ada untuk perlindungan insurans bencana alam atau pun tidak.

Mengikut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ada tiga jenis insurans kenderaan yang biasa ditawarkan, iaitu:

a. Perlindungan pihak ketiga sahaja
b. Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
c. Perlindungan komprehensif

Perlindungan Tambahan – Bencana Khas (Special Perils)

Selain tu, anda juga boleh dapatkan perlindungan tambahan seperti insurans kenderaan Special Perils yang mana ianya satu perlindungan khas yang menumpukan bantuan tambahan untuk anda claim jika kereta anda kena bencana alam. Jika kereta anda rosak akibat bencana alam seperti ditenggelami banjir atau ditimpa pokok akibat ribut, anda tidak boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans anda, melainkan anda mempunyai special perils coverage.

Kredit foto: BERNAMA

Jadi selepas ini jika anda renew roadtax tetapi anda tidak ambil special perils coverage, ini bermakna syarikat insurans mungkin tidak akan cover jika kenderaan anda mengalami kerosakan yang disebabkan oleh banjir atau sebarang bencana alam tau. Take note.

SOMPO Motor Ada Perlindungan Khas Tersedia Untuk Special Perils

Yang bagusnya dengan special perils coverage yang ditawarkan SOMPO Motor dari Berjaya Sompo Insurance ini sudah merangkumi pelindungan untuk kerugian/kerosakan kepada kenderaan sendiri disebabkan oleh apa-apa bentuk konvulsi alam (special perils) dimana amaun tuntutan adalah terhad kepada RM10,000 atau 20% dari amaun diinsuranskan, mana-mana satu yang rendah.

Yang bagusnya dengan special perils coverage yang ditawarkan bukan untuk cover banjir sahaja, malah merangkumi perlindungan khas untuk sebarang kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda yang disebabkan oleh ribut taufan, letusan gunung berapi, tanah runtuh, gelinciran tanah, gempa bumi atau sebarang kejadian yang melibatkan bencana alam. Jumlah tuntutan adalah 20% dari Amaun Diinsuranskan atau RM10,000; jumlah yang mana lebih rendah.

Selain itu ia juga mempunyai perlindungan komprehensif meliputi dengan melindungi anda untuk kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan atau kecurian kenderaan anda, dan liabiliti kepada pihak lain untuk kecederaan atau kematian serta kerosakan pada harta benda pihak lain.

Kalau anda ingin meningkatkan perlindungan boleh memilih ‘Top Up for Full Convulsion of Nature Cover’, perlindungan tambahan ini hanya memerlukan penambahan RM2 untuk setiap RM1,000 jumlah diinsuranskan. Memang sangat berbaloi.

Insurans Kandungan Isi Rumah Pun Ada!

Bukan kenderaan je yang anda perlu jaga, barangan dalam rumah pun penting juga. Ye lah jika bencana alam berlaku, kepunyaan peribadi anda turut menjadi salah satu ‘mangsa’! Anda kena ingat kandungan isi rumah juga antara barangan yang paling berharga.

Beli barangan rumah bukan macam beli gula-gula, yang hari-hari kita boleh beli. Nak beli satu persatu barang dalam rumah tu pun makan masa tau. Ada dari kita yang hanya mampu membeli perabot, peralatan elektrik, sofa dan banyak lagi barangan rumah lain sekali seumur hidup je.

Malah ada yang berhutang dan menghabiskan usianya untuk membayar barangan rumah yang boleh memakan bertahun-tahun. Ini fakta bukan auta!

Jadi, apabila banyak wang digunakan untuk membeli barangan rumah, ia adalah amat penting bagi setiap pemilik rumah memiliki insurans kandungan isi rumah.

Insurans kandungan isi rumah dari SOMPO Home Content ini antara insurans yang dapat melindungi kandungan rumah anda daripada risiko-risiko yang boleh terjadi seperti bencana alam.

Apa yang bagusnya tentang SOMPO Home Content?

a. Anda tidak perlu mendedahkan nilai setiap item kandungan isi rumah.
b. Anda tidak perlu menunjukkan bukti resit untuk kandungan isi rumah. Walau bagaimanapun, laporan polis diperlukan jika ia adalah perbuatan jenayah.
c. Anda tidak akan dikenakan penalti kerana insurans terkurang walaupun kandungan isi rumah bernilai lebih daripada jumlah yang diinsuranskan.

Bukan itu je, anda pasti akan suka berurusan dengan Berjaya Sompo Insurance ini kerana proses pembeliannya yang sangat mudah! Anda tidak perlu mendedahkan nilai setiap item kandungan isi rumah, cuma pilih pelan pilihan untuk mendaftar.

Apakah Perlindungan Yang Disediakan?

Terdapat tiga pelan yang berpatutan di bawah SOMPO Home Content. Anda boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jumlah premium tahunan yang perlu dibayar hanyalah serendah RM89.

*Nota: Jumlah premium yang perlu dibayar yang dinyatakan di atas adalah termasuk Premium Tahunan, Duti Setem (RM10) dan 6% Cukai Jualan & Perkhidmatan.

Pemegang Polisi dibenarkan membuat tuntutan sehingga had maksimum setiap item bergantung pada pelan yang dipilih. Sebagai contoh, di bawah Pelan 1, jika nilai item itu adalah RM1,000, jumlah maksimum yang boleh dituntut oleh pemegang polisi ialah RM750.

Untuk info anda, proses tuntutan juga tidak susah dan rumit. Anda tidak perlu menunjukkan bukti resit untuk kandungan isi rumah. Walau bagaimanapun, laporan polis diperlukan jika ia melibatkan perbuatan jenayah seperti kecurian dan ‘pecah masuk rumah’.

Malah, tiada penalti akan dikenakan sekiranya insurans terkurang walaupun kandungan isi rumah bernilai lebih daripada jumlah yang diinsuranskan.

Sebagai contoh, anda memilih pelan 1 dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM10,000. Walau bagaimanapun, jumlah nilai kandungan isi rumah anda ialah RM20,000. Ini bererti anda Insurans Terkurang. Sekiranya berlaku tuntutan dengan kerugian separa sebanyak RM5,000:

a. Sekiranya Insurans Terkurang diguna pakai (ia akan memberi kesan terhadap jumlah tuntutan yang layak kerana Insurans Terkurang), syarikat insurans anda membayar RM10,000/RM20,000 = ½ nisbah x RM5,000 = RM2,500. Anda perlu menanggung baki RM2,500.

b. Sekiranya tiada Insurans Terkurang diguna pakai (ia tidak akan memberi kesan terhadap jumlah tuntutan yang layak kerana Insurans Terkurang), syarikat insurans anda akan membayar sehingga RM5,000 tetapi tertakluk kepada had maksimum untuk setiap item berdasarkan pelan yang dipilih, lebihan (jika ada) dan terma lain dan syarat.

Ambil Langkah Berjaga-jaga

Bagaimana gais? Kami harap anda faham dengan info yang kami sampaikan ini. Seeloknya ambil langkah berjaga-jaga kerana bencana alam atau kejadian yang tidak diingini ini berlaku tanpa kita sedari. Mungkin dengan langkah bijak dari anda dapat mengurangkan beban yang terpikul nanti.

Oh ya, sebagai seorang pemilik insurans SOMPO Motor, anda juga boleh hubungi talian di bawah untuk urusan towing bila-bila masa saja. Save siap-siap nombor ini ya. Jika ada masalah, boleh terus call je.

Untuk info lanjut mengenai produk-produk insurans yang ditawarkan oleh Berjaya Sompo Insurance, anda boleh terus klik LINK INI.