fbpx

Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Jebat

Tanggal 30 Ogos merupakan tarikh istimewa buat pelakon Sharnaaz Ahmad dan anaknya, Jebat Jayden yang berkongsi tarikh lahir yang sama hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz menitipkan ucapan istimewa buat anak kesayangannya yang kini sudah berusia empat tahun.

BACA: Wanita Tudung Labuh Suruh Kahwin Balik Dengan Noor Nabila, Ini Respon Sharnaaz

Dalam entri tersebut, Sharnaaz berkata anaknya itu adalah sumber kekuatannya dan siapa dirinya hari ini adalah kerana Jebat. 

“Selamat ulang tahun anakku. Aku menjadi semakin tua sama hari sepertimu. Namun kasih sayang terhadapmu semakin kuat.

“Boy nak jadi kuat macam baba. Tapi baba kuat sebab cek. Siapa baba hari ini adalah kerana kamu. Terima kasih atas kasih sayang yang tidak terhingga setiap saat hidupmu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi pesanan buat anaknya supaya menjadi seorang yang kuat dan bijak.

“Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita. Always fight for what you think is right. Salah atau betul bukan manusia yang hakimi,” tulisnya.