fbpx

Mizz Nina, Noh Salleh Bercerai?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh.

Terbaru, memetik Harian Metro, pasangan itu dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.

BACA: Warganet Dakwa Video Aksi Ranjang Noh Hujan Tersebar

Menurut sumber, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah tersebut. Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Dalam pada itu, Harian Metro memaklumkan cubaan untuk mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej tidak dibalas.

Sejak semalam tular mengenai perkongsian seorang pengguna Twitter memuat naik tentang pasangan selebriti bercerai. Perkongsian itu kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula,” tulisnya.

Terdahulu, Noh menafikan gosip mengatakan rumah tangganya bermasalah serta mengatakan dakwaan itu tidak benar. Malah, Noh juga mengatakan dia juga tidak sangka cerita seperti itu boleh timbul.