fbpx

Hidayah Ziarah Pusara Arwah Abam Undang Sebak Netizen

Pejam celik rupanya sudah lebih dua tahun Allahyarham Abam Bocey pergi menghadap Ilahi. Sehingga kini lakonannya masih disiarkan sebagai pengubat rindu buat peminat.

Baru-baru ini, isterinya Nur Hidayah ada memuat naik video di TikTok membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey melawat pusara Abam.

BACA: Hasil Jual Cempedak & Sabun, Hidayah Syukur Berjaya Beli Vellfire

Menerusi entri itu, Hidayah meluahkan rasa rindu pada arwah suaminya serta mengatakan Abam sentiasa dihatinya selamanya.

@hidayah_hamzah

Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg ? ‘Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ?? kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ???…#alfatihah #cintasyurga #kitabaikramaisayang #dieyabeauty #anakibuayah #doakudisetiapsujudku #sabundaunsukunhidayahabam

? Takkan Pisah – Wali

“Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg. Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar, kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga,” katanya.

Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat anak tunggal pelawak itu yang membesar tanpa bapa disisi.

Dalam video tersebut, Hidayah dilihat mencium batu nisan tertera nama arwah suaminya untuk melepaskan rindu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Hidayah serta mendoakan ibu tunggal itu akan terus kuat demi Hamzah.