fbpx

“Kalau Dah Tiada Hati Berterus Terang Saja, Jangan Menipu”

Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga membabitkan pasangan selebriti lain.

Memetik Harian Metro, pelakon Nad Zainal berkata jika dia berdepan masalah yang sama, dia berharap suaminya berterus terang jika sudah tiada hati.

BACA: “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri” – Nad Zainal

“Saya cakap pada suami, kalau dah tiada hati berterus terang saja kepada saya dan jangan menipu. Saya tidak mahu mengetahuinya daripada orang lain kerana itu lebih sakit,” katanya.

Kata Nad lagi, jika suami sudah ada pilihan lain dia akan mengundurkan diri kerana keutamaannya adalah anak-anak.

“Saya rasa sekarang ini, tidak kisahlah sama ada suami kita kaya atau miskin, rupa elok atau tidak kerana akan sentiasa ada saja cubaan dan dugaan.

“Sekiranya suami sudah mempunyai pilihan kedua dan sebagainya, maka saya akan mengundurkan diri. Malas hendak bergaduh-gaduh, bukan kerana saya mudah mengalah atau sebagainya. Ini kerana apa yang penting adalah anak-anak saya. Itu yang menjadi keutamaan dalam apa jua aspek,” katanya.

Nad Zainal mendirikan rumah tangga denganpengurusnya Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.