fbpx

Che Ta Pelik Fazura Dihentam Gara-Gara Inai

Perkongsian pelakon jelita Rozita Che Wan menjadi perhatian yang meluahkan rasa pelik apabila ada netizen menghentam aktres, Nur Fazura.

Menerusi entri itu, difahamkan ia berikutan Fazura memuat naik penghargaan kepada Che Ta yang telah menghadiahkan produk inai kepadanya.

BACA: Jual Inai Murah, Che Ta Nak Bagi Semua Merasa Pakai

Tampil mempertahankan Fazura, Che Ta berkata isteri kepada Fattah Amin itu tidak mana-mana pihak atau jenama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Hampa tengok video ni, apa salah Fazura ya? Ada ke dia cakap bukan-bukan pasal orang lain? Kami pelik bila ada yang buat akaun palsu semata-mata nak hentam dan komen kata-kata negatif dekat Fazura sedangkan bila kami tengok balik dekat komen video sebelah dan IG story yang Faz tag kami, takda pun nampak dia mention mana-mana.

“Selain dari Inai kami plus kami takda pun gaduh dengan sapa-sapa. Kami jadi pelik, walhal kami okey ja sesama rakan selebriti, takda pun kami gaduh. Macam kami cakaplah, rezeki Allah kan luas, buat apa hampa semua nak gaduh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Che Ta turut meminta netizen diluar sana supaya tidak melakukan perbuatan melaga-lagakan orang lain.

“Kita ni kan..jadilah mata lebah yang selalu memandang madu juga benda benda maneh (manis), jangan jadi mata lalat hampa. Tak letih ka asyik nak lagakan orang sini sana. Kami okey ja, baik ja sesama kami,” tulisnya.