Jual Inai Murah, Che Ta Nak Bagi Semua Merasa Pakai
Pelakon jelita Rozita Che Wan meminta agar orang ramai tidak membandingkan produk inai keluarannya bersama temannya, Anaz Zahrin dengan usahawan lain.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata setiap orang mempunyai bahagian rezeki masing-masing.
BACA: “Hampa Tak Nak Siapkan Anak Itu Masalah Hampa” – Che Ta
View this post on Instagram
“Rezeki Allah sangat luas, buat apa nak gaduh gaduh. Buat apa nak sakit hati sesama sendiri, hampa pun kalau satu kek yang besar tu kalau nak makan sorang, takkan habis. Mesti kena kongsi dengan orang lain.
“Che Ta is Che Ta, tolong jangan banding dengan orang lain. Berniagalah dengan cara yang jujur, takkan nampak hebat pun hampa kalau korang asyik kutuk atau jatuhkan orang lain. Setiap rezeki kan dah tertulis,” tulisnya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata kita sama-sama menjalankan perniagaan dan boleh berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Simple je korang, kita niaga sama sama. Kita dapat rezeki sama sama, rezeki untuk dikongsi bukan untuk dibolot seorang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua ya.
“Kalau nak inai warna maroon rose ala ala fresh boleh la pakai Inai Che Ta, kalau nak pakai inai selain warna inai yang kami buat ni, brand lain pun ada.. takda hal pun korang nak kongsi,” katanya.
Sementara itu, Che Ta menjelaskan mengapa inai keluarannya dijual dengan harga serendah RM15 sahaja.
“Kami tak kacau siapa-siapa. Kami jual harga RM15 ni pun sebab kami nak semua merasa pakai inai Che Ta. Tak kisah la korang jual inai ke apa, rezeki Allah SWT kan luas,” katanya.
Bagus Che Ta. semoga success selalu.. aku pun nak start berniaga gak… tapi tak tau nak berniaga apa….
dua dua timbang kilo.. cuma lopak suka jual cara agent.. bila dah sejuk tak de dah agent dia.. terpaksa bukak brand baru.. dia tak ada global minded nk jadikan brand dia international. aku ingat tudung dia boleh pegi jauh. tengok2 sampai situ je la.. tak de pun masuk fashion show international mana2. kedai dia dkt arab ke london ke apa. mana ada.. warehouse dkt US pun xde. so.. cam tu je la
Harap inai che ta tak dak susuk saka ya ..mcm mcm pantang larang . .
Baguih ang nohh, bkn mcm org tu??? Rege Israel
battle of inai ke cmne ni? isu inai jer yang selalu kluar RK nih.
Che Ta ni bagus dia tak pedulik org kecam dia suka bergaya sakan! Lantak pi lah duit dia pulun kerja. Bukan caras laki org, blakon gedik2 juai maruah macam artis baru takdak aura. Harap juai body sexy ja.
Maintain umoq da lanjut tapi body anak dara!
RK dari dulu lagi memang suka up cerita yg berkaitan ngn lopa sebab dia tahu boleh pancing ramai haters untuk membawang, caci memaki kat website dia ni. Jadi kalau ada isu pasal pesaing lopa, bisnes yang berkaitan dengan lopa buat, RK suka la kalau ada orang busuk hati yg suka membanding-bandingkan… mesti ada je komen ‘bukan mcm orang tu’…
Inai cikta yg warna merun tu lelaki boleh pakai tak? Kalu buleh aku nak beli nak taruk pd kepala lutut yg satu lg tu bagi meriah sikit dgn kaler merun.
Che ta , kammi nak beli inai kat manaa? Habaq sat