fbpx

Teringat Dekat Anak, Kak KM Menangis Jam 4 Pagi Masak Lauk Sahur

Baru-baru ini perkongsian usahawan kontroversi, Kak KM memuat naik video momen sedih menghantar anak sulungnya menyambut pengajian di Universiti Malaya.

Menerusi video itu, Kak KM dilihat menangis ketika memeluk anaknya itu sebelum melepaskan anaknya untuk hidup berdikari sebagai pelajar selepas ini.

BACA: Kak KM Izinkan Anak Hisap Rokok Daun, Cara Didik Elak Buat Sorok-Sorok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Malah, dalam perkongsian terbaru Kak KM ada meuat naik video meluahkan rasa rindu serta menangis ketika memasak juadah bersahur kesukaan anaknya itu.

Menurut Kak KM, anak perempuannya itu sangat suka meratah kentang goreng lauk tersebut serta mengatakan tidak kuat tanpa anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta memahati hati seorang ibu apabila berjauhan dengan anak mereka.

Malah, ramai yang berongsikan pengalaman mereka sendiri dimana ibu bapa perlu berkorban serta terus kuat demi melihat anak-anak berjaya di menara gading.