fbpx

“Saya Harap Shuk Dapat Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa” – Sera

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera ada berkongsikan video anaknya menangis kerana rindukan bapanya.

Memetik mStar Online, Sera berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka serta berharap Shuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Ujarnya, dia tidak mahu lagi memikirkan soal cinta dan mahu fokus untuk menuntuk hak anak-anaknya.

BACA: Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

“Hubungan mereka tetap sama, sebagai bapa dan anak kandung. Air yang dicincang tak akan putus. Saya harap dia dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Aimi dan Ain.

“Sekarang ini saya bukan nak mengejar cinta tapi lebih kepada nak menuntut hak anak-anak saya,” katanya.

Mengunci mulut mengenai status rumah tangganya, Sera meluahkan rasa syukur rezekinya melimpah daripada membuat ulasan serta model produk.

“Alhamdulillah rezeki saya semakin luas sejak saya fokus kepada anak-anak. Saya mengharapkan pendapatan dari buat review, model dan face off @inayahbeautyhq.

“Lagi-lagi waktu nak raya banyak persiapan yang kena saya buat. Menjadi wajah untuk produk Inayah Beauty salah satu penyumbang untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Enggan peduli dengan komen negatif, Sera berkata lebih banyak yang memberikan kata-kata semangat. Sera turut menitipkan pesanan kepada wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.

“Sejujurnya saya tak ambil yang negatif. Saya hanya ambil komen-komen yang positif. Saya sangat tersentuh dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh mereka. Buat wanita itu, selamat berbahagia atas derita orang lain,” katanya.