fbpx

Kejar Akhirat, Mia Ahmad Seronok Masuk Kelas Mengaji Dengan Suami

Perkongsian pelakon Mia Ahmad menjadi perhatian memaparkan suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi mengikuti kelas Al-Quran.

Menerusi entri itu, Mia memberitahu dia dan suami mengukuti kelas mengaji sejak dua tahun lalu serta meluahkan rasa syukur sudah mampu membaca Al-Quran.

BACA: Dulu Sentap Suami Jarang Ucap I Love You, Mia Ahmad Kini Lebih Matang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Mia turut berkata perkongsiannya itu bukanlah mahu menunjuk-nunjuk ibadah yang dilakukan sebaliknya hanya berkongsikan perjalanan mereka sempena bulan Ramadan.

“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing jouney kami bersama sempena bulan Al-Quran,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mia berkata ianya memori paling indah sepanjang perkahwinannya bersama Izham serta berharap ianya menjadi inspirasi buat keluarga di luar sana.

“Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya Saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin,” tulisnya.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham Tamiri pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sayf Issa dan Iris.