fbpx

Natasha Hudson Nikah Dengan Teman Lama, Tak Minta Wang Hantaran

Ahad lalu, pelakon Natasha Hudson selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali sebagai Jay Jasmin di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Bangi.

Majlis pernikahan pasnagan itu dihadiri 10 ahli keluarga terdekat. Pada majlis itu, Natasha menerima mas kahwin RM300 dan bertukar dulang hantaran.

BACA: Natasha Hudson Kahwin Kali Kelima

Menurut Natasha, dia tidak meminta wang hantaran dan memutuskan untuk mempercepatkan perkara yang baik apatah lagi mereka merupakan kenalan lama.

“Jay kenalan lama saya. Kami tidak mahu bercinta lama. Keluarga pun sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.

“Satu perkara, biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga, Jay sangat memahami. Saya juga tidak mahu berada dalam kehidupan silam. Semoga ikatan ini menuju kepada pengakhiran yang baik… Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Natasha berkata dia akan pulang ke Langkawi minggu hadapan dan menetap terus di sana bersama suami. Ujarnya, anak-anaknya tidak akan ikut bersama kerana bersekolah di Kuala Lumpur.

“Akhir tahun lalu, saya pergi ke Langkawi bagi menguruskan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di pulau peranginan itu.

“Akhirnya, kami jadi rakan perniagaan demi menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan. Sekarang, kami jadi teman sehidup semati pula.

“Insya-Allah, minggu depan, kami akan pulang ke Langkawi. Saya akan terus menetap di sana. Tetapi anak saya tidak ikut kerana bersekolah di Kuala Lumpur,” katanya.