fbpx

Usop Sah Bergelar Suami Nur Fatihah Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Usop yang selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Nur Fatihah dengan sekali lafaz pada 10 pagi tadi.

Meluahkan rasa syukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim mahu menjadi suami yang terbaik buat isterinya, Fatihah.

BACA: Mata Tunang Lebam, Usop Nafi Pukul Bakal Isteri

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Majlis akad nikah diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.

Pada majlis itu, pihak perempuan memberikan sembilan dulang, berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.