fbpx

Mata Tunang Lebam, Usop Nafi Pukul Bakal Isteri

Perkongsian tunang penyanyi Usop iaitu Fatihah atau lebih mesra disapa Teha menjadi perhatian apabila meluahkan rasa gusar menjelang hari pernikahan apabila bawah matanya terdapat kesan lebam.

Menerusi video di kongsikan di TikTok itu, Teha turut berkongsikan video dan gambar ketika pre-wedding serta wajah terkininya yang jelas kelihatan kesan cedera di bawah mata.

BACA: Dua Bulan Sebelum Kahwin Usop Jadi Panas Baran, Cepat Naik Angin

Susulan video tersebut, ramai netizen salah faham serta menyangkakan Usop memukul tunangnya. Namun, Teha menjelaskan kesan lebam tersebut adalah disebabkan terhantuk pada bucu meja.

https://www.tiktok.com/@teharicher/video/7058095656212106523?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Malah, di ruangan komen Usop turut meninggalkan komen menjelaskan bahawa dia tidak memukul tunangnya.

Sementara itu, Usop turut memuat naik video di TikTok miliknya bagi menafikan dakwaan netizen itu. Katanya lagi, lelaki yang memukul perempuan seorang yang dayus dan tidak mungkin dia tiada akal untuk bertindak sedemikian.

@usop_97

Reply to @mamadania11 ?

? original sound – Usop – Usop

“Oi netizen, tak kan saya pergi pukul tunang saya. Orang lelaki kalau pukul perempuan ni dayus. Ingat saya tak ada akal ke?” katanya.

Usop dan Fatihah mengikat tali pertunangan secara tertutup pada 4 November lalu Butterworth, Pulau Pinang. Pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Februari depan.