“Saya Block Sahaja, Tidak Berdendam”

Sebut sahaja nama Ahmad Iqbal Zulkefli, nama usahawan sensasi itu semakin dikenali ramai. Malah, ada sahaja kontroversi terpalit dirinya sejak kebelakangan ini.

Pelbagai kecaman dilemparkan terhadap dirinya, Iqbal berkata dia tidak mempunyai kekuatan untuk melawan dan hanya berserah kepada Allah.

BACA: Ahmad Iqbal Dakwa DSV Alami Gangguan Mental

“Saya tiada daya. Hanya berserah kepada Allah SWT. Semakin berkata jujur, semakin saya ditikam. Hinggakan kandungan media sosial berbentuk hiburan juga dianggap serius,” katanya.

Bagaimanapun, Iqbal berkata dia tidak pernah terasa hati ataupun berdendam dengan kata-kata negatif dilemparkan netizen terhadapnya.

“Tetapi dengan netizen, saya tidak pernah ambil pusing. Jika keterlaluan, saya sekat sahaja tetapi tidak berdendam,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Iqbal menjawab pertanyaan netizen bahawa dia menghafal ayat al-Quran ketika zaman persekolahan dan merupakan pelajar di sebuah maahad di Pasir Mas, Kelantan.

“Wajib hafal sebab saya sekolah Maahad Muhammadi. Kalau tak hafal, tidak lulus peperiksaan,” katanya.

Baru-baru ini, perkongsian Iqbal menjadi perhatian apabila memuat naik foto dan video bersama seorang gadis merupakan penyanyi dari Indonesia, Indah Nevertari.

Iqbal mengakui selesa berkawan dengan gadis berkenaan namun tidak mahu tergesa-gesa bercinta kerana mahu bersahabat terlebih dahulu.

×