Baru-baru ini perkongsian Shuib Sepahtu menjadi perhatian apabila menziarahi pusara arwah isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin bersama anak-anaknya.
Meskipun sudah lebih lima bulan pemergian arwah Siti Sarah, anak perempuannya Dzahira Talita menangis ketika menziarahi pusara ibunya.
BACA: Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib
View this post on Instagram
Dapat dilihat Talita menangis dan mengesat air matanya kerana rindukan arwah ibunya sambil dipeluk oleh Shuib yang memujuknya anak perempuannya itu.
Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tidak dapat menahan sebak melihat kanak-kanak itu menangis.
Katanya, anak-anak pasti akan lebih merasai kehilangan ibu mereka serta bersimpati kepada mereka yang sudah kehilangan ibu di usia kecil.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19. Beberapa hari sebelum itu, arwah selamat melahirkan anak keempat secara tidak sedar.