fbpx

Kongsi Foto Bercuti, Natasha Hudson Dah Buka Tudung?

Sekian lama menyepi, perkongsian pelakon Natasha Hudson mengejutkan ramai apabila memuat naik foto dan video memaparkan dirinya tidak bertudung.

Berdasarkan posting berkenaan, Natasha tampil dengan imej tersebut di acara Monsoon Wavescape Festival di Pantai Pelindung, Kuantan.

BACA: Natasha Hudson Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf

Menerusi satu perkongsian lain, pelakon berusia 39 tahun itu dilihat mengenakan baju-T berwarna putih dan topi berwarna hitam berada di pantai Langkawi pula.

Dalam pada itu, dapat dilihat Natasha sudah terlebih dahulu menutup ruangan komen kedua perkongsian tersebut. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Natasha berhubung imej terbarunya itu.

Terdahulu, Natasha mula berhijab pada 2012 dan pernah mengenakan niqab sekitar enam tahun lalu sebelum kembali dengan imej tidak berniqab.

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.

Natasha kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal 15 April 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7. Pasangan ini bercerai pada 2018.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.