fbpx

Dua Bulan Sebelum Kahwin Usop Jadi Panas Baran, Cepat Naik Angin

Tinggal dua bulan sahaja lagi bakal mendirikan rumah tangga pada Februari depan, penyanyi Usop mendedahkan dirinya kini mula berubah sikap menjadi pemarah.

Bimbang dengan perkara itu, Usop berkata dia merasai perubahan tersebut sejak bertunang dengan kekasih hatinya, Nur Fatihah Md Hashim pada November lalu.

BACA: “Usop Tak Putus Asa Walau Kena Reject, Berani Jumpa Family Saya”

“Dulu saya ni bukan seorang yang panas baran, tapi bila sudah bertunang ni tak tahu kenapa selau panas hati.

“Tapi kena kawal la sebab bagi pendapat saya, apabila kita nak menghalalkan hubuungan dengan seseorang itu banyak dugaan datang.

“Kita sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Sebab nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Usop berkata tunangnya banyak mengubah penampilan dan pembawakan diri serta mengajar untuk memperbaiki diri.

“Fatihah banyak menegur saya, dulu penampilan saya selekeh berbanding sekarang. Dia kata saya kena menjaga penampilan sebagai seorang artis dan saya pun mula berubah sikit-sikit.

“Lepas tu kadang-kadang saya ni jenis blur. Jadi apabila saya ada slow je Fatihah akan tegur cakap tak boleh macam itu dan ini, dia banyak mengajar saya juga,” katanya.

Berkongsikan mengenai persiapan perkahwinannya, Usop berkata meluahkan rasa syukur segala persiapan telah pun dilaksanakan.

Terdahulu, Usop dan Fatihah mengikat tali pertunangan secara tertutup pada 4 November lalu Butterworth, Pulau Pinang. Pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Februari 2022.