Fazley Yaakob Tersingkir, Netizen Kata Akhirnya Dapat Tidur Lena

Perjalanan penyanyi Datuk Fazley Yaakob di Gegar Vaganza musim kelapan berakhir semalam apabila menjadi peserta kedua tersingkir malam tadi.

Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan di pentas minggu keempat hanya mendapat markah sebanyak 50 peratus.

BACA: Suara Dikritik Sumbang, Netizen Suruh Fazley Yaakob Masak Je

Juri tetap iaitu Datuk Syafinaz berkata persembahan di minggu keempat itu antara yang terbaik dipersembahkan oleh Fazley.

“Antara semua persembahan selama empat minggu, ini yang paling bagus. Walaupun pada bahagian pembukaan agak shaky tapi lepas tu baru awak dapat catch up balik.

“Lepas ni awak nak teruskan menyanyi atau setakat ini sahaja? Kalau masih serius nak menyanyi tolong ambil kelas vokal,” katanya.

Susulan penyikiran itu, rata-rata netizen ternyata gembira apabila Fazley tersingkir dan mengatakan lebih baik jika teruskan memasak sahaja.

Malah, ada netizen meninggalkan komen berbaur sindiran mengatakan puas hati akhirnya Fazley tersingkir dan dapat tidur lena.

Semalam, Adibah Noor mendapat markah tertinggi iaitu 78.01 peratus diikuti Nikki Palikat 76.6 dan Suki Low 75.

×