fbpx

Sambut Hari Lahir Ke-50, DSV Hanya Mahu Kasih Sayang Allah

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-50 semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida memberitahu dia tidak mahu sebarang hadiah pada hari jadinya.

Menerusi siaran langsung di Instagram, Vida meluahkan rasa syukur di atas segala rezeki diberikan serta mengatakan dia hanya memperlukan doa dan kasih sayang daripada Allah.

BACA: DSV Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi Siap Bawa Cincin

“Saya tak perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, Alhamdullilah. Saya perlukan doa, saya perlukan kasih sayang Allah S.W.T.

“Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, dah penuh rumah. Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 rumah saya. Itu riaklah pulak tu,” katanya.

Dalam pada itu, Vida sempat berkongsikan tip dan amalan yang sering dilakukannya setiap kali menjelang ulang tahun kelahirannya itu dimana dia akan membacakan surah Al-Fatihah buat dirinya.

“Pada hari lahir saya ni, biasanya saya akan membaca Al-Fatihah untuk diri sendiri, untuk arwah anak saya, ibu saya dan untuk kamu semua. Baca Al-Fatihah sekejap, tak sampai dua minit, tapi dia punya zat datang ke dalam jiwa kita,” katanya.

Ketika siaran langsung itu, pengikutnya sempat meninggalkan komen meminta Vida supaya tidak lagi menyebut nama Iqbal dalam sebarang perkongsian selepas ini.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kisah cintanya dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal. Bagaimanapun, perkahwinan mereka dibatalkan kerana tidak mendapat restu anak-anak Vida.