fbpx

DSV Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi Siap Bawa Cincin

Selepas tawar hati sehingga membatalkan hasrat untuk berkahwin, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal memaklumkan dia diterjah oleh jutawan kosmetik itu dirumahnya sekitar jam 3 pagi tadi.

Berkongsikan perkara itu di Insta Story, Iqbal akui terkejut sedangkan dia tidak pernah mendedahkan mengenai alamat rumahnya sebelum ini.

BACA: “Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu”

“Kedatangan Datuk Seri Vida tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada September lalu.

“Saya keluar tanpa pakaian penuh, kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa,” tulisnya.

Tidak hanya datang dengan tangan kosong Iqbal berkata Vida datang dengan membawa sebentuk cincin. Menurut Iqbal dia terpaksa melayan kedatangan Vida serta akan memulangkan cincin berkenaan.

“Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali, saya sebenarnya penat begini,” tulisnya.

Iqbal turut berkongsikan video memaparkan Vida sedang duduk bercerita mengenai cincin yang dibawa sambil ditemani anak lelakinya Kacak.

Sementara itu, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan yang menjaga kediamannya apabila membenarnya orang luar masuk sewenang-wenangnya apatah lagi dia tidak dihubungi terlebih dahulu.

“Saya marah pada security guard. Macam mana boleh mudah lepas walhal ada dua tapisan pondok keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah saya? Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya security guard akan hubungi terlebih dahulu jika orang datang,” tulisnya.