fbpx

Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon Elfira Loy yang kini sedang hamil anak kedua. Perkara gembira itu dikongsikan Elfira di Instagram miliknya lewat malam tadi.

Menerusi entri itu, lfira memuat naik gambarnya sedang memegang belon yang tertera tulisan, ‘baby no 2 is coming.’

BACA: Elfira Loy Kenang Saat Melahirkan Anak Dalam Keadaan Bertelekung

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Malah, ramai netizen mengatakan mereka sudah menjangkakan perkhabaran gembira itu kerana sudah perasan dengan perubahan Elfira yang dilihat semakin berisi, malah ada yang berkata pernah terserempak dengan Elfira dan terlihat baby bump pelakon itu.

Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.