fbpx

Sering Ditanya Soal Anak, Izzue Islam Stres & Tertekan

Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.

Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan sering ditanyakan mengenai soal anak. Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki untuk mereka menimang cahaya mata.

BACA: Kaki Isteri Izzue Islam Bengkak, Lebam Gara-Gara Seekor Biawak

“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.

“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.

“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.

Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.