fbpx

Menangis Teresak-Esak, DSV Akui Pernah Baling Selipar Pada Iqbal

Nampaknya kisah percintaan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal masih tiada kesudahan lagi biarpun bekas pembantu peribadinya dikatakan sudah tawar hati.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida memuat naik video menangis dan mengakui bukan seorang yang lembut malah pernah melakukan membaling selipar pada Iqbal.

BACA: Iqbal Dedah Cik B Dah Restu Perkahwinan Dengan DSV

Dalam pada itu, Vida berkata Iqbal ikhlas menerima dirinya seadaanya serta anak-anaknya, malah menelan sahaja sikap dan perangainya.

“Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak. Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya.

“Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa,” katanya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang seolah sudah muak dengan drama cinta mereka yang tiada penghujung.

Malah, ada segelintir berkata jika benar serius lebih baik segera bernikah serta mendoakan urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Terdahulu, Iqbal mendedahkan Cik B sudah pun memberikan kebenaran untuk dia berkahwin dengan Vida, namun meletakkan syarat dimana dia inginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta.