fbpx

Syahmi Sazli Tak Suka Budaya Flex, Harap Influencer Lain Lebih Sensitif

Tidak dinafikan memang seronok jika dapat menayang kekayaan di media sosial. Namun, budaya tersebut bukanlah perkara baru dikalangan pengguna media sosial terutama golongan influencer.

Bagaimanapun, berbeza buat YouTuber popular, Syahmi Sazli yang beranggapan menayang kekayaan atau ‘flex’ hanya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut.

BACA: Syahmi Sazli Pernah Nak Pinjam Duit Isteri Untuk Siapkan Mael Totey

“Bagi saya, kita sebagai manusia biasa mesti la ada rasa nak tunjuk kejayaan atas usaha selama ini. Saya rasa tak ada masalah pun kalau sesekali nak tunjuk, mungkin dua kali setahun ke.

“Tapi kalau setiap content tu nak tunjuk harta je, nak tunjuk kemewahan je, itu tak elok la,” katanya.

Kata Syahmi lagi, influencer atau selebriti mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dalam berkongsikan sesuatu di media sosial mereka kerana jika tersilap langkap boleh mengguris hati pengikut.

“Kena ingat follower ni datang daripada pelbagai latar belakang, kalau yang memang berduit tu tak mengapa la. Namun ada yang teringin tapi tak mampu, jadi mereka rasa sedih dan kecewa.

“Jadi kita tak nak la perasaan tu timbul dalam kalangan follower kita sebab yang bagi kita kemewahan dan harta tu mereka juga,” katanya.