fbpx

Neelofa Sumbang 15 Katil Pesakit Covid-19 Bernilai RM90,000

Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi, selebriti popular Neelofa dilihat tenang menjalani kehidupan seperti biasa. Malah, tidak lekang melakukan amal kebajikan.

Terbaru, Neelofa dikhabarkan telah menyumbang sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

BACA: Neelofa Bantu 11 Keluarga Terjejas Insiden Letupan Kereta

Perkara itu dikongsikan seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di bahagian kecemasan hospital menerusi sebuah posting di laman Instagram.

@abdulrahmanabdulkadir1

Terima kasih @neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit Covid di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. #frontliner

? Ya Maulana (2020 Remaster) – Sabyan

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian oleh seorang netizen, Aznil Hisham berkata pihak hospital hanya memerlukan 10 katil sahaja namun menerima lebih daripada yang dijangka.

Difahamkan, Neelofa bermurah hati menyumbang 15 buah katil dengan setiap satunya bernilai RM6,000. Ujarnya lagi, sebelum ini ada pesakit Covid-19 terpaksa duduk di lantai hospital kerana kekurangan katil.