fbpx

Raikan Kes Covid-19 Hampir 7,000, Iman Troye Dikecam Tak Sensitif

Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, kes Covid-19 yang dicatatkan agak membimbangkan apabila hampir mencecah 7,000. Semalam sahaja, merekodkan angka tertinggi dengan 6,976 kes dan 49 kematian.

Melihatkan jumlah kes tersebut, ramai yang meluahkan rasa bimbang. Namun lain pula bagi penyanyi Iman Troye seolah meraikan kes tertinggi itu serta berharap esok kes Covid-19 akan mencapai 7,000.

BACA: Ibu Bapa Dedah Anak-Anak Berhenti Menangis Dengar Lagu Raya Iman Troye

Menerusi entri itu, Iman turut meletakkan tanda pagar Kerajaan Gagal pada status dimuat naiknya di laman Twitter.

Perkongsian Iman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan statusnya itu yang disifatkan tidak sensitif. Netizen berkata di sebalik kes tertinggi itu, ada yang bersedih apabila ahli keluarga mereka meninggal dunia.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan kes Covid-19 bukan perkara yang kelakar yang boleh dijadikan bahan jenaka. Malah, ada yang berkata tindakan Iman itu memalukan sebagai public figure serta meminta untuk memadam Tweet berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati akaun Twitter Iman tiada lagi dalam carian, mungkin sudah dinyahaktifkan selepas dikecam hebat oleh netizen. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan Iman mengenai perkongsiannya itu.