fbpx

Serina Redzuawan Selamat Bernikah Kali Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan anak kepada chef terkenal, Serina Redzuawan yang selamat bernikah hari ini dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Aidid.

Berkongsikan berita gembira di Instagram sebentar tadi, Serina berkata majlis perkahwinannya diadakan secara tertutup di masjid dan mendahulukan perkara wajib.

BACA: Serina Nak Nikah, Chef Wan Tak Mahu Sponsor

“Saya nak umumkan saya dah selamat mendirikan masjid bersama Suami majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah. Dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” tulisnya.

Dalam pada itu, Serina turut meluahkan rasa syukur perkahwinannya direstui oleh bapanya, Datuk Chef Wan dan majlis perkahwinannya akan diraikan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, InshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya,” katanya.

Terdahulu, Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward O-Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10 tahun.