fbpx

Zahirah Macwilson Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang selamat menimang cahaya mata sulung tiga hari lalu.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Berita gembira itu dikongsikan oleh Aiman menerusi Instagram sebentar tadi dimana pelakon itu memaklumkan Zahirah selamat bayi lelaki pada 5 Januari lalu jam 2.26 petang waktu Australia.

BACA: Hamil 8 Bulan, Zahirah Macwilson Gembira Berat Naik 10 Kg

Menerusi perkongsian itu, Aiman turut memuat naik gambar memaparkan sebahagian wajah bayinya. Aiman turut meluahkan rasa syukur memperoleh pengalaman sangat berharga sepanjang berada di bilik bersalin menemani isterinya melahirkan putera mereka.

Oktober tahun lalu, Zahirah dan Aiman mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga selamat melahirkan. Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.