fbpx

Usia 26 Tahun, Daiyan Trisha Gembira Masih Dapat Watak Budak Sekolah

Meskipun sudah mencecah usia 26 tahun, penyanyi dan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha akui gembira dan tidak janggal membawakan untuk watak pelajar sekolah dalam satu drama siri terbaru.

Daiyan berkata mungkin kerana bentuk badan dan personalitinya menjadi faktor dia dipilih untuk membawakan watak remaja sekolah. Tidak kisah dengan watak tersebut, Daiyan berkata dia mahu menjadi pelakon serba boleh.

BACA: Ben Amir Akui Rapat Dengan Daiyan Trisha

“Sebelum ini, saya dapat watak seorang pelajar sekolah dan untuk watak sebagai murid sekolah pula ini merupakan kali kedua.

“Saya gembira masih diberi peluang untuk pegang watak budak sekolah, mungkin mereka nampak fizikal dan personaliti saya sesuai dengan watak seperti itu. Ia bagus untuk kerjaya lakonan saya dan saya mahu dilihat sebagai pelakon serba boleh,” katanya.

Bakal muncul dalam drama siri Project Anchor SPM, selain Daiyan drama itu turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf dan Shasha Abedul. Drama tersebut memaparkan kisah pelajar mengambil peperiksaan SPM pada sekitar tahun 2000.