Dek kerana geram dengan watak perampas suami orang yang dilakonkannya menerusi drama Hati Yang Tersakiti, Mimi Lana berdepan insiden melucukan apabila dia diberi amaran oleh seorang wanita tidak dikenali.
Berkongsikan kisah itu di Instagram, Mimi berkata kejadian itu berlaku selepas dia membalas senyuman seorang lelaki di sebuah kedai makan dipercayai suami kepada kepada wanita berkenaan.
BACA: Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana & Syafiq Kyle Kembali Bercinta?
“Tadi pergi makan dekat kedai mamak, ada sorang makcik ni dengan suami dia duduk Selang semeja dengan saya, dia senyum..saya senyum balik dekat dia.
“Dia nak balik dia datang dekat saya cakap jangan senyum senyum tengok suami dia, cukup cukup la tengok laki Mona tu . Hahahahahaha. Omg ! Saya tak tahu nak bagi reaction apa dekat dia,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa marah dengan watak Mimi Lana. Malah, ada yang mengatakan tidak sanggup menonton drama berkenaan kerana watak Farah yang dilakonkannya.