fbpx

Siti Sarah Syukur Siasatan SPRM Terhadap Shuib Berjalan Lancar

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram.

Menerusi kemaskini di Instagram sebentar tadi, Siti Sarah meluahkan rasa syukur proses siasatan berjalan dengan lancar serta dia dan suami telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

BACA: Shuib, Siti Sarah Disyaki Terlibat Urusan Wang Haram

“Alhamdulillah syukur kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengurus pasangan itu iaitu Nana Mohamad Rom dalam satu kenyataan media memberitahu Sarah hadir hanya untuk menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak menganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM dan Sarah hanya menemani suaminya sahaja. Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan,” katanya.