fbpx

Bulan lepas OPPO Reno4 Pro telah dilancarkan dalam warna putih dan hitam. Kali ini OPPO Reno4 Pro datang dengan warna rare, iaitu Galactic Blue!

Dan bukan setakat tu je… kali ini OPPO Reno4 Pro berkolaborasi dengan dua jenama fesyen terkenal di Malaysia iaitu Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing yang telah melancarkan variasi terbaru bagi peranti OPPO Reno4 Pro dan kini didatangkan dengan pilihan warna Galactic Blue!

Korang memang wajib miliki OPPO Reno4 Pro Galactic Blue ni tau, sebab Elizabeth Tan pun dan in love dengan smartphone terbaru ni!

Reno4 Pro dengan warna Galactic Blue ini direka dengan design yang sleek dan minimalistic, dengan menjadikannya sebuah rekaan peranti yang elegant serta seiring dengan warna Pantone bagi tahun 2020 iaitu Classic Blue. OPPO Reno4 Pro Galactic Blue adalah smartphone yang turut direka untuk fashionista.

Dengan kolaborasi bersama Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing ini, penggemar fashion boleh la nak padankan OPPO Reno4 Pro anda dengan beg dan pakaian dari jenama tersebut!

Christy Ng

Penggemar fashion mesti kenal jenama Christy Ng yang sering menghasilkan rekaan yang chic dan gorgeous. Kini dengan kerjasama dua jenama ini, OPPO dan Christy Ng menghasilkan Limited Edition Box Set!

Cantik kan sling pouch yang direka khas oleh Christy Ng untuk OPPO Reno4 Pro ni? Untuk matchkan dengan warna Galactic Blue pada OPPO Reno4 Pro ini, Christy Ng menghasilkan design pouch ini dengan gabungan warna baby blue dan grey beserta zip keemasan dan keychain yang tertulis RENO. Sling pouch ini juga direka untuk memuatkan kebanyakan jenis smartphone!

Compartment untuk letak kad dan dustbag OPPO Reno x Christy Ng pun ada! Barulah bebas habuk dan calar bila simpan kan? Dan guess what? Sling pouch yang didatangkan dalam Limited Edition Box Set ini hanya bernilai RM119!

Pestle & Mortar Clothing

Untuk penggemar streetwear pula, kolaborasi OPPO Reno4 Pro x Pestle & Mortar Clothing ini pasti akan buat anda teruja!

Design eksklusif Pestle & Mortar Clothing ini turut dihasilkan dengan warna biru Galactic Blue pada OPPO Reno4 Pro yang turut menampilkan beberapa design gambaran OPPO Reno4 Pro. Memang stylo habis! Penggemar streetwear sudah tentu wajib memiliki t-shirt ini dan padankan dengan peranti OPPO Reno4 Pro Galactic Blue anda!

Gais! Item kolaborasi dari Pestle & Mortar Clothing ini hanya bernilai RM119. Worth for your money!

Jadi, jangan terlepas untuk menyertai pre order OPPO Reno4 Pro Galactic Blue ini! Kerana hanya 300 pelanggan pertama yang menyertai pre order pada 11 September sehingga 25 September 2020 ini akan menerima Limited Edition Box Set Christy Ng atau Pestle & Mortar Clothing dengan setiap pembelian OPPO Reno4 Pro Galactic Blue yang dijual pada harga RM2,399.

Terus daftar pre order anda di link ini.

Manakala pelanggan yang tidak sempat menjadi 300 pelanggan pertama, anda juga boleh memiliki sling pouch Christy Ng dan t-shirt Pestle & Mortar Clothing yang bernilai RM119 ini secara ‘a la carte’ bermula 26 September 2020 di 10 cawangan terpilih OPPO.

Untuk maklumat lanjut, check out Facebook rasmi OPPO Malaysia dan laman rasmi OPPO Reno4 Pro Galactic Blue.

Oppo Reno4 Pro Banyak Features Awesome!

Keluaran terbaru OPPO ini dilengkapi dengan features dan teknologi awesome yang pasti akan membuatkan penggemar photography dan videography teruja untuk memilikinya. Jom kita usha satu persatu!

1. AI Color Portrait Mode

Fungsi AI Color Portrait dalam Foto dan Video dapat mengekalkan warna pada subjek potret dan menerapkan penapis hitam dan putih pada latar belakang untuk menghasilkan kesan yang menonjol untuk subjek.

2. Monochrome Video

Monochrome video berfungsi merupakan gabungan tiga filter video yang menambah effect dengan hanya mempertahankan warna merah, hijau dan biru dari objek di dalam gambar mahupun video, sementara gambar yang lain hanya berwarna hitam dan putih.

3. Night Flare Portrait

Ia boleh diaktifkan dalam filter mode potret. Setelah diaktifkan, ia akan menggabungkan gambar asas dengan algoritma LLHDR untuk memberikan julat dinamik yang lebih baik. Fungsi ini hanya berlaku untuk kamera belakang. Contohnya macam gambar yang Ayda Jebat snap ni.

Titik cahaya bokeh ditambahkan ke latar belakang secara automatik. Anda akan mempunyai potret malam semula jadi dengan titik cahaya yang mengagumkan (mod potret + algoritma malam).

4. 960fps AI Slow Mo

Setelah anda mulakan rakaman, melalui motion detection algorithm, pengesanan objek bergerak akan diambil melalui algoritma interpolasi untuk rakaman. Video Slow-motion anda akan dikuasakan sebanyak 240fps @ 720P dapat ditukar menjadi 960fps @ 720P. Kamera depan menyokong sehingga 240fps @ 720P.

5. Ultra Steady Video 3.0

Anda boleh mengambil video yang stabil, jelas dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario. Video lebih stabil dalam senario seperti mengambil video dan streaming langsung semasa berjalan. Ia berfungi bagi kamera hadapan mahupun belakang.

6. 3D Borderless Sense Screen with 90Hz Refresh Rate


90 Hz Refresh Rate + 180 Hz Sampling Rate untuk pengalaman yang lancar. Layar dengan refresh rate 90Hz dan 3D Borderless Screen menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk menikmati multimedia dan game di smartphone dengan lebih selesa.

Sementara kebanyakan telefon bimbit dalam industri ini mempunyai kadar penyegaran hanya 60 Hz. 180 Hz Sampling Rate hanya tersedia apabila permainan dimulakan termasuk PUBG, AOV, MLBB dan banyak lagi.

7. SuperVOOC 2.0

Pengecasan terpantas ini dapat mengecas sepenuhnya telefon bimbit dalam masa 36 minit. 65W SuperVOOC 2.0 bukan hanya penyelesaian pengecasan komersial terpantas yang ada di pasaran, tetapi juga mempertimbangkan keselamatan dan telah memperoleh pengesahan sistem pengisian cepat dan selamat dari TÜV Rheinland Jerman.

Jom Jadi Fashionista Hebat

Jadi apa tunggu lagi? Jom jadi fashionista hebat dengan OPPO Reno4 Pro Galactic Blue dan jenama terkenal Christy Ng dan Pestle & Mortar Clothing!

Anda juga boleh dapatkan info lanjut di social media OPPO yang kami listkan di bawah ni okay.

OPPO Reno4 Pro Galactic Blue:
https://www.oppo.com.my/page/Reno4ProGalacticBlueEdition

Facebook OPPO:
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/

Instagram OPPO:
https://www.instagram.com/oppomalaysia/

Twitter OPPO:
https://twitter.com/OPPOMalaysia?s=21