Sudah pun bertemu pengganti dan sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, pelakon Atikah Suhaime memberitahu sering menerima kejutan hadiah bunga daripada kekasihnya .
Menerusi Instagram, Atikah berkongsikan dia dikejutkan lagi dengan hadiah 30 kuntum bunga ros merah dari Datuk Lokman. Atikah juga turut meluahkan rasa rindu dan tidak sabar untuk berjumpa seteleh pintu sempadan dibuka kelak.
BACA: Atikah Suhaime Sedang Hangat Bercinta Dengan Datuk Lokman
Lebih istimewa, Datuk Lokman itu turut memberikan ucapan istimewa buat Atikah, dimana 30 kuntum bunga ros itu melambangkan kesetiaan cintanya kepada pelakon itu.
Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pelakon itu dan mendoakan agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, pengurus kepada pelakon itu iaitu Nia Adlina Aishah mengesahkan Atikah menjalin hubungan cinta dengan Datuk Lokman. Bagaimanapun, pasangan itu belum melakukan sebarang persediaan untuk melangkah ke fasa seterusnya.