fbpx

Dah Lengkap Sepasang, Mia Ahmad Timang Bayi Perempuan

Selamat selamat menimang cahaya mata kedua pada petang Khamis lalu, suami kepada pelakon Mia Ahmad iaitu Mohd Izham Tarmizi yang juga pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) berkata proses kelahiran cahaya mata kedua mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.

Izham berkata, sepatutnya anak kedua mereka itu dijangka lahir pada hujung bulan ini tetapi lahir seminggu lebih awal. Kata Izham lagi, lebih bermakna apabila anaknya itu lahir di dalam bulan Syawal.

BACA: Mia Ahmad Selamat Timang Anak Kedua

“Anak kedua lahir seminggu lebih awal. Kami menjangkakannya pada hujung bulan ini. Lebih mengujakan kelahirannya masih dalam bulan Syawal yang mulia.

“Kali ini juga proses kelahiran isteri sangat mudah dan lancar berbanding anak sulung kami,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu menerusi Insta Story, Izham berkongsikan berita isterinya selamat melahirkan anak kedua mereka. Bagaimanapun, tidak didedahkan jantina bayi berkenaan.

https://www.instagram.com/p/CBm5xV1Dcik/?utm_source=ig_embed

Namun, segalanya terjawab bahawa pasangan itu menimang cahaya mata perempuan apabila menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Mia dilihat ada memuat naik video bilik anaknya berserta kapsyen ‘Welcome home babygirl’.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham, yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.