fbpx

Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan

Bukan mudah untuk mencari kawan yang sentiasa bersama ketika susah senang. Pelakon Faezah Elai mengakui dia tidak mempunyai ramai kawan kerana lebih kurang rakan bermakna dia tidak perlu berdepan dengan pelbagai ‘drama’.

Menurut Faezah, rakan-rakannya hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang dikenali sejak zaman bangku sekolah lagi. Meskipun rakannya hanya beberapa orang sahaja namun persahabatan itu memberi makna yang cukup besar buat dirinya.

BACA: Faezah Elai Hanya Perlukan Tudung Labuh, Bukan Fesyen Jenama Mewah

“Saya rapat dengan beberapa orang saja tapi yang sikit itu la paling bermakna untuk saya. Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Faezah berkata dia dan rakan-rakannya digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika di bangku sekolah kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Faezah turut memuat naik beberapa foto ketika berjumpa dengan sahabat lama. Faezah seperti tidak percaya bahawa persahabatan mereka sudah mencecah 22 tahun.

“Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam dua tiga hari lepas baru pakai baju sekolah, sekarang ni hantar anak pergi sekolah. Rasa macam mimpi pula,” katanya.