fbpx

Peminat Nampak Baby Bump, Elly Mazlein Kini Hamil?

Baru sahaja empat bulan bergelar kepada Cikgu Azlan, sebelum ini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dihujani pertanyaan daripada netizen sama ada dirinya sedang hamil berikutan badannya yang kelihatan berisi.

Bagaimanapun, Elly menjelaskan badannya semakin berisi kerana sangat bahagia disamping suami dan anaknya. Muncul di program MeleTOP semalam, rata-rata penonton tertumpu pada bahagian perutnya yang dilihat seakan ada ‘baby bump’.

BACA: Semakin Berisi, Elly Mazlein Kini Hamil?

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik fotonya dan berseliroh mengatakan bahawa perutnya nampak buncit kerana menikmati hidangan makanan yang pelbagai dan disediakan oleh katering di tempat rakaman.

https://www.instagram.com/p/B_zzo5Knh9q/?utm_source=ig_embed

Namun rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa itu adalah baby bump dan mengatakan pengacara itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Terdahulu, Elly berkata dia bersedia berkongsikan berita gembira kehamilannya apabila sampai waktunya nanti. Malah,  Elly juga pernah mengatakan dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata bersama suaminya itu.