Ustaz Ebit Lew Mohon Bantuan Baiki Lif Flat Lebih 2 Tahun Rosak

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lebih sebulan lalu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit Liew berkongsi pengalamannya mengunjungi Flat Jinjang Utara. Namun, pendakwah itu tidak dapat menyembunyikan rasa kasihan melihat penduduk di flat tersebut terpaksa turun naik tangga kerana lif rosak.

BACA: Tempahan Naik Mendadak, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit

Menurut Ustaz Ebit, bantuan diberikan kali ini berbeza kerana mereka terpaksa menggunakan tangga untuk menaiki flat setinggi 14 tingkat. Ustaz Ebit berkata dia tidak dapat membayangkan bagaimana mereka yang sudah berusia terpaksa naik turun tangga.

Ustaz Ebit berkata hanya 1 lif sahaja yang berfungsi untuk setiap blok dan lif lain sudah rosak lebih 2 tahun serta tidak ada pihak yang memperbaikinya.

https://www.instagram.com/p/B_z0GVkl_WL/?utm_source=ig_embed

Ustaz Ebit turut berasa sedih apabila mengenangkan nasib penduduk yang tinggal disitu malah tidak dapat membayangkan bagaimana mereka yang sudah berusia terpaksa naik turun tangga.

Tidak hanya berpeluk tubuh melihat kesusahan ditanggung penduduk, Ustaz Ebit ingin mencari sesiapa yang dapat memberikan bantuan untuk membaiki semua lif yang sudah rosak dalam kadar segera.

×