fbpx

“Saya Minta Maaf, Saya Bukan Sesiapa, Cuma Cina Belajar Islam”

Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang memerlukan.

Namun tidak semua suka melihat amal kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit sehingga ada yang mempertikaikan niat ikhlasnya, malah menuduhnya sengaja mencari populariti. Lebih menyedihkan apabila tuduhan liar itu dibuat oleh golongan agamawan.

BACA: “Orang Tanya Kenapa Ustaz Buat Semua Ni? Nak Allah Sayang”

Sedar banyak pihak yang salah faham, Ustaz Ebit memohom maaf kepada semua pihak serta meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya menerusi satu perkongsian di Facebook yang menyentuh hati netizen

Menurut Ustaz Ebit, dia mengingatkan dirinya bahawa bukan seorang ustaz tetapi seorang mualaf yang sedang mendalami agama Islam. Jelasnya lagi niatnya hanya untuk membantu mereka yang susah.

Ustaz Ebit turut meminta netizen membayangkan bagaimana kita boleh lena sedangkan ada mereka diluar sana yang tidak dapat tidur lena kerana nasib hidup mereka tidak sama dengan kita.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sentias mendoakan agar Ustaz Ebit tidak berputus asa dengan kritikan yang dilemparkan dan terus membantu golongan yang memerlukan.