fbpx

Ozlynn Latih Anak-Anak Hafaz Al-Quran Di PC Gaming

Nampaknya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan ini ramai ibu bapa mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama anak kerana sebelum ini sibuk bekerja.

Namun berbeza dengan isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan iaitu Ozlynn dimana dia meluangkan masa bersama anak-anak di rumah dengan membaca ayat suci Al-Quran melalui PC gaming.

BACA: Johan & Ozlynn Nafi Dibayar RM160,000 Berlakon Teater

Menerusi Instagram, Ozlynn berkata aktiviti itu dilakukan supaya anak-anaknya tidak lalai dalam melakukan aktiviti kurang berfaedah. Malah, Ozlynn turut memberikan ganjaran jika anaknya berjaya menghafaz Surah Al-Mulk.

https://www.instagram.com/p/B-B8s8NpDBm/?utm_source=ig_embed

Ozlynn berkata perkongsiannya itu adalah untuk mereka yang sering bertanyakan bagaimana mereka sebagai ibu bapa membahagikan masa serta aktiviti kepada anak-anak.

“TV game yang melalaikan juga bisa digantikan dengan seribu kebaikan jika pandai manfaatkan kegunaannya. Sebab ramai DM tanya macam mana nak bahagikan masa dan nak bagi anak-anak aktiviti, ini salah satunya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ozlynn turut meminta orang ramai mendoakan agar anak-anaknya berjaya menghafaz ayat suci Al-Quran serta mengucapkan tahniah kepada ibu bapa diluar sana yang memiliki anak hebat menghafaz Al-Quran.