“Terima Kasih Allah Diatas Ibu Mertua Yang Terbaik Di Dunia”

Sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi, pasti ramai tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz. Mana tidaknya, ibunya cantik, bapanya pula kacak.

Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik fotonya bersama ibu mentuanya, Rokkiah Md Noor ketika menghadiri majlis pertunangan adik iparnya. Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen manis Fasha buat ibu mentuanya.

BACA: Fasha Sandha Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Abam

Menerusi entri itu, Fasha mengucapkan terima kasih serta menyifatkan ibu mentuanya adalah yang paling terbaik di dunia.

Rata-rata netizen turut mengatakan Fasha sangat bertuah kerana mempunyai ibu mentua yang menyayanginya dan menganggapnya seperti anak sendiri. Malah, ramai yang memuji kecantikan ibu Aidil Aziz serta tenang melihat wajahnya.

Beruntungnya Fasha Sandha dapat ibu mentua yang baik dan melayan seperti anak sendiri. Diharap ikatan keluarga yang dibina ini akan sentiasa diberkati dan saling sayang menyayangi sampai ke akhir hayat.

×