fbpx

Fauziah Nawi Sebak Lihat Kesungguhan Cucu & Menantunya Mencari Rezeki

Nama Fauziah Nawi atau lebih dikenali sebagai ibu cukup sinonim dengan dunia hiburan. Apabila kami meninjau laman Instagram insan ini, tersentuh hati kecil kami melihat setiap perkongsiannya.

https://www.instagram.com/p/B8nKvjAg2zV/?utm_source=ig_embed

Boleh dikatakan siapa yang membaca perkongsian seorang ibu mengenai menantu dan cucunya yang bertungkus-lumus bekerja selepas kematian ketua keluarga pasti akan merasa kesedihan yang dialami oleh ibu Fauziah.

https://www.instagram.com/p/B8pixZGgfCr/?utm_source=ig_embed

Dalam posting Fauziah Nawi sering menasihatkan cucu serta menantunya dalam mencari rezeki yang halal dan bukan mengambil hak orang meskipun letih dalam menguruskan perniagaan mereka di kedai Jom Bubur Enjoys Corner.

https://www.instagram.com/p/B8uuKwXgTKi/?utm_source=ig_embed

Nasihat Fauziah Nawi ini juga sedikit sebanyak memberi tamparan hebat buat peminatnya dalam mencari rezeki. Rata-rata peminat Fauziah Nawi meninggalkan komen yang positif serta ada yang mampu menyelami hati seorang ibu yang tabah ini.

Hari ini genap 118 hari kematian anak Fauziah Nawi, Pitt yang meninggal dunia akibat mati lemas selepas bot yang dinaiki sewaktu memancing karam akibat merempuh tiang sebuah jambatan.

Arwah Pitt turut meninggalkan seorang balu, Farah Ahmad dan 3 orang anak.