Masih hangat diperkatakan tentang Nur Sajat berpakaian wanita dan bertelekung di Tanah Suci. Nampaknya, isu tersebut kin mendapat perhatian ramai termasuk pendakwah, mufti-mufti dan juga pihak berwajib.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai usahawan tersebut termasuk dakwaan mengatakan Sajat lari ke Mekah selepas kalah kes saman bernilai hampir RM200,000.
BACA: PU Amin Dedah Sajat Masih Di Masjidil Haram, Lengkap Bertudung
Jika anda masih ingat lagi, tahun lalu salah satu stokis perniagaannya yang dikenali sebagai OWA Resources telah memfailkan satu saman sivil bernilai hampir RM 200, 000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Sajat kerana gagal membekalkan produk bengkung dan “girdle” yang telah ditempah dan dibayar oleh stokis itu.
https://www.facebook.com/nurnilam.sari.313/posts/3323152444368221
Menerusi Facebook, Nurwati Hussin yang merupakan plaintif dalam kes tersebut mengaku bahawa kes tersebut membuatkan dia mengalami tekanan perasaan. Ini kerana, Sajat mengemukakan saman tuduhan pecah amanah terhadapnya tanpa bukti yang kukuh.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Nurwati meluahkan rasa syukur akhirnya tuntutan daripada OWA Resources diterima mahkamah dan Sajat diarahkan untuk membayar pampasan seperti yang telah diputuskan oleh hakim.
Kemenangan tersebut sekaligus membuktikan bahawa tuduhan Sajat sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=4032076966809758&id=100000224839553
Sebelum ini, Nu Sajat Aesthetic dikatakan gagal untuk membekalkan bengkung dan ‘girdle’ yang telah ditempah oleh syarikat OWA Resources pada Februari dan April 2018.
Difahamkan, ketika kes kemenangan Nurwati dibacakan di mahkamah Khamis lalu, Sajat tidak hadir untuk mendengar keputusan tersebut dan hujah daripada hakim.