“Saya Tak Tahu Apa Motif Atikah”

Baru-baru ini, menerusi Instagram Atikah Suhaime memberi pesanan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik. Malah, Atikah mengakui dia pernah melalui detik hitam tersebut.

Mengulas mengenai luahan Atikah itu, Awi Rafael berkata dia tidak tahu apa tujuan bekas tunangnya. Awi juga menegaskan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila perkahwinan mereka batal adalah tidak benar.

BACA: “Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Hubungan Toksik”

“Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja. Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

“Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Awi berkata orang ramai lebih mengenai dirinya yang sebenar dan tidak melatah dengan dakwaan yang dilemparkan. Awi berkata lagi, dia bersyukur dan gembira dengan kehidupannya kini.

“Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar.

“Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai tindakan wanita yang mengikut emosi,” katanya.

Apa pun diharap kedua-dua mereka baik-baik sahaja dan move on memandangkan episod putus tunang mereka sudah hampir setahun berlalu.

×