fbpx

“Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Hubungan Toksik”

Pernah berdepan kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini, Atikah Suhaime memberi pesanan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik.

Mengakui pernah melalui detik hitam tersebut, menerusi perkongsian di Instagram itu Atikah berharap tidak kira dalam apa sahaja perhubungan kaum wanita perlu berani mengatakan ‘tidak’.

BACA: Atikah Suhaimie Mahu Cari Lelaki Berperut Buncit

“Saya tahu di luar sana ramai wanita yang terperangkap dalam hubungan toksik. Tolong keluar sebelum terlambat. Tidak kisah sama ada dalam hubungan cinta, persahabatan atau persaudaraan, kita perlu belajar untuk berkata tidak.

“Saya juga pernah terperangkap dalam situasi gelap, awal tahun lalu. Apabila saya cuba mencari kejujuran, keadaan menjadi bertambah buruk,” tulisnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada perkongsiannya itu ada kaitan dengan bekas tunangnya, Awi Rafael, pelakon itu berkata dia hanya mahu memberi motivasi kepada wanita untuk berani bertindak

Ujar Atikah lagi, dia menyedari pendedahan itu akan membuatkan kisah lamanya diungkit dan dia bersedia dikecam.

Tambahnya lagi, selama ini dia hanya berdiam diri dan terkilan apabila ibu dan bapanya terus diasak pelbagai tohmahan, meskipun perkara itu sudah hampir setahun berlalu.