fbpx

Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Hubungan Sejenis

Berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam ternyata mengejutkan ramai. Mana tidaknya, baru sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai.

Baru saja reda episod putus tunang pasangan tersebut, kecoh mengenai khabar angin mengatakan punca keretakan hubungan mereka kerana Zara Zya dikatakan mempunyai hubungan cinta sejenis.

BACA: “Dia Lelaki Budiman, Cuma Hati Rasa Semakin Menjauh”

Lebih kecoh apabila sejak semalam tular satu video perbualan mesra pelakon wanita itu bersama seorang wanita. Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengannya.

https://www.instagram.com/tv/B6NyYnanrC6/?utm_source=ig_embed

Bagaimanapun, Zara tampil menjelaskan dia hanya berkawan baik dengan wanita tersebut serta menafikan sekerasnya bahawa dia putus dengan Hafreez adalah kerana kehadiran orang ketiga.

“Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan. Saya tidak tahu apa tujuan dia memuat naik rakaman itu di laman sosial.

“Sumpah, itu bukan punca kami putus kerana saya dan wanita terbabit hanya berkawan. Serius, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis).

“Rasanya orang lain pun apabila bermesej dengan kawan perempuan yang rapat, pasti ada menyebut perkataan sayang,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Zara berkata dia sudah mendapatkan penjelasan wanita itu, namun tidak pasti mengapa dia memuat naik rakaman itu.